Pengikut

Jumaat, 20 September 2013

TTC: Turunkan berat badan untuk mengandung dengan cara senaman

Salam,

Salah satu usaha aku untuk TTC ini adalah menurunkan berat badan. Sekarang ini BMI aku adalah tidak normal dan ini menyebabkan aku menghadapi masalah dengan kitaran haid yang tak menentu.

Aku ambil keputusan untuk jalani program senaman di rumah. Caranya, aku download video workout dari youtube. Banyak gile video workout dalam youtube tu, pilih je mana-mana yang korang berkenan.

Jadi untuk permulaan, aku pilih untuk jalani program workout Jillian Michaels 30 Day Shred.


Program ni adalah 30 hari dan ada 3 level. Setiap satu level, aku lakukan 10 hari. Yang seronoknya, workout progam ini adalah 20 minit je setiap hari. Jadi amat sesuai untuk sesiapa yang sentiasa sibuk. Walaupun 20 minit sahaja, tetapi diakhir 20 minit ni, rasa tak cukup nafas dan berpeluh sampai basah baju.

Aku baru je abis level 1 program ini. Sekarang tengah lakukan level 2. Makin susah ok, workout level 2 ni. Tetapi aku teruskan juga sebab Jillian Michaels ni macam tau-tau je bila aku dah putus asa dan taknak teruskan. Time aku dah rasa putus asa tu lah, dia bagi kata-kata semangat. Dan hasilnya aku teruskan juga walau rasa tak larat.

Kesan selepas level 1
  • Fitness level aku improve - Masa mula-mula start level ni, rasa susah sangat workout ni. Tapi makin lama, makin senang pula.
  • Saiz badan berkurang beberapa inci - Perut aku semakin kempis dan baju yang aku pakai sudah longgar.
Aku harapkan selepas abis program ini, Fitness level aku bertambah improve dan badan aku mengecil dan hormon aku bertambah stabil.

Wish me luck. 

p/s: Will update bila dah selesai program ini.

2 ulasan:

  1. gud luck dear! semoga terus bersemangat..jgn putus asa k ^^

    BalasPadam
  2. semoga berjaya usaha kamu sayang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...