Pengikut

Khamis, 15 Januari 2015

Pengalaman HSG di Hospital Tawakkal

Entri ini sangatlah basi. Tetapi nak tulis juga sebagai memori di masa hadapan. Mengadakan? hihihi

Basically, HSG ni adalah sejenis x-ray, dimana contrast (cecair biru) akan dimasukkan melalui vagina untuk melihat keadaan tiub fallopio samada tersumbat atau tak. Untuk sesiapa nak tahu lebih lanjut apa itu HSG boleh baca kat sini.

21/2/2014

Masa nak on Cycle 2 clomid, aku bagi tau kat Doc Adilah yang aku nak buat x-ray HSG. Jadi, doc pun bagi borang dan nombor telefon Hospital KPJ Tawakkal. Doc suruh telefon KPJ Tawakkal bila dah period untuk buat appointment.

Pada hari kejadian, sebelum HSG, sempatlah makan di Restoran Haslam. Lepas habis sarapan, terus pergi KPJ Tawakkal dan daftar. Agak lama juga tunggu time tu. Mungkin Dr. Fatimah Yakin busy sikit masa tu.

Bila masuk bilik untuk buat HSG tu, radiographer suruh aku tukar baju dan buka semua barang kemas. Kemudian dia suruh baring dekat meja besi. Sejuk ok. Dia x-ray sekali. Lepastu sekali lagi kena tunggu Dr Fatimah. Kesejukan disitu.

Bila Doc masuk, terus dia tanya aku macam-macam soalan. Bila kahwin, ada masalah apa, period regular ke tak. Aku jawab je lah sementara dia busy menyediakan bahan-bahan untuk buat HSG.

Doc suruh naik kan kaki. Doc masukkan mulut itik. Sejuk tapi taklah sakit. Pastu doc masukkan tiub. Waktu ni dah rasa tak selesa tetapi masih boleh bertahan. Alhamdulillah, mudah doktor masukkan. Sebelum masuk contrast (dye biru), doc pesan, sakit sikit. Zuppp!!! Terus aku rasa sakit giler. Aku tak ada senggugut. Jadi tak dapat nak compare kesakitan masa masuk contrast tu dengan senggugut. Yang penting sangatlah sakit. Selepas beberapa saat contrast habis dimasukkan, barulah beransur-ansur hilang kesakitan itu.

Apabila habis masukkan dye, doc suruh mengiring ke kiri dan ke kanan untuk bagi contrast tu betul-betul masuk dalam tiub fallopio. Kemudian baring macam biasa. Sekali lagi radiographer x-ray. Selesai sudah kerja doc. Doc pun beredar. Tinggallah aku kena baring lagi 30 minit untuk ambil x-ray sekali lagi. Terasa lama gila tunggu. Dahlah sejuk.

Selesai semua, aku tukar balik baju dan pergi toilet untuk bersihkan diri dan pakai pad. Dalam 15 minit, result x-ray pun siap.

Alhamdulillah, tiub fallopio tak tersumbat. Cuma doc Fatimah komen, ada nampak adhesions.

Ini reportnya:


Anyway, aku tak mengalami apa-apa sakit lepas prosedur HSG tu. Darah pun takde yang keluar. Alhamdulillah.

Kos: RM180

Lepas selesai HSG, terus pecut pegi hospital pantai untuk appointment dengan doc adilah pula. Doc lihat keputusan HSG. 

Doc suspek pelvic adhesion tu mungkin dari jangkitan kuman masa  aku operate appendiks 15 tahun lepas. Doc terangkan juga lekatan juga boleh disebabkan oleh STD.

Then bila aku buat laps, ternyata banyak gila lekatan. doc terpaksa leraikan lekatan untuk buat laluan ke bahagian pelvis. Bahagian atas perut pun penuh lekatan, tapi doc tak buat apa-apa kat bahagian tu sebab lekatan tu akan jadi balik.




9 ulasan:

  1. Dear,
    saya pun HSg kat tawakal hujung tahun lps. result dr fatimah tulis peritubal adhesions.
    saya taktau apa maksud peritubal adhesions tu tp kalau tgk xray mmg nmpk jgklah yg dye tu mcm stuck sikit dkt tiub kanan.

    xjumpa lagi doc kat alislam sebab kena tnggu apointment lama jugaklah. takutnya nak jumpa doktor :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peritubal adhesions tu macam adhesions dekat tiub fallopio. Boleh sebabkan tiub fallopio tersumbat. Hopefully, masa HSG tu, cecair tu dapat flush tiub bagi bersih. Ramai experience lepas HSG, pregnant.

      Anyway, Alislam tu dekat mana? insyaAllah doc will help you. Jangan takut k. Saya selalu lapangkan fikiran saya dan tak fikir bukan2. And it helps me a lot. Saya happy je bila buat treatment.

      Padam
  2. Salam dear. boleh bagi no contact utk make appmnt kat KPJ Tawakkal utk HSG?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam dear,

      saya tak simpan no tu. Tapi kalau saya jumpa, saya info. Mungkin awak boleh call direct KPJ Tawakkal.

      Padam
  3. Assalamualaikum rakan2 TTC semua.. Sy bru habis rawatan HSG di KPJ Damansara (Dr. Nurhayati Mukhty). Nak buat kat KPJ Ampang tp doc fatimah cuti on my CD10.. Sebelum ni baca pengalaman rakan2 lain rasa takut kerana kebanyakan feedback adalah negative (sakit) tp setelah melalui sendiri pengalaman HSG apa yg sy boleh gambarkan ialah sangat sakittt.. Sy x pernah mengalami sakit mcm tu wlwlpun period pain selama ni pun sakit sikit je.. Mgkn terpulang kepada individu kot.. Bayaran RM203 murah skit kalau tnjuk referral letter from LPPKN.. Kalau keja govt/suami govt boleh claim ye.. Btw, ada darah sikittt je nasib baik dah siap2 bwk pad

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG pada 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc cuti on my CD10 that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Selama ni before paid period pain i very mild je kdg2 lenguh2 pinggang je.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal kata nurse kat situ.. Tp husband keja govt so boleh lah claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye.. Proses mengambil masa 10mins mcm tu (kalau takde masalah) sbb doc nurhayaty tau kita dlm kesakitan that's why dia buat very quick.. After treatment tu ada tompokan darah tp shari je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Lia, terima kasih atas perkongsian.

      saya akan buat 2nd hsg dalam bulan 10 ni :-)

      dah 2tahun++, jadi nak cel balik keadaan tiub

      Padam
  5. Hai miss orked, sy dah kawen 5 tahun (2012-2017). Belum ada zuriat. Saya hanya pernah scan dan cek telur sahaja. Tak de apa apa rawatan selepas itu. Semuanya normal. Tak pernah buat checkup sperm n keadaan suami. Saya ingin minta pendapat dari miss orked daru mana ingin saya mulakan HSG ni? Mohon nasihata dan pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sis,

      saya ada beberapa soalan nak tanya dulu.
      mohon whatsapp saya di 0193016450 ya..

      =-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...