Pengikut

Jumaat, 9 Januari 2015

Pengalaman Mengurut dengan Dua Tukang Urut Berbeza

Salam semua,

Ramai TTCian yang cuba opsyen mengurut untuk cuba mengandung. Alhamdulillah, ada yang sudah berjaya mengandung selepas mengurut. Makcik-macik yang pandai mengurut selalunya dapat rasa letaknya rahim kita dan dapat rasa urat kita ni macam mana.

Jadi aku nak kongsilah pengalaman aku mengurut dengan dua orang tukang urut, Makcik P dan Kak Z.

21 December 2014 - Mengurut dengna Makcik P

Ramai geng-geng TTC aku yang mengurut dengan Makcik P. Jadi aku pun terpengaruh jugaklah nak mengurut dengan Makcik P. Makcik P ni mengurut area Johor (tak ingat kawasan mana) dan KL. Tetapi kena datang ambil dan hantar Makcik Paridah. Waktu urutan dalam 1jam lebih dengan bayaran RM50.

Mula-mula mengurut, aku dapat rasa Makcik P mengurut kasar tetapi tak sakit. Dia mulakan urutan bahagian hadapan badan termasuk sengkak peranakan. Kemudian baru dia urut bahagian belakang. Semasa dia urut perut, dia rasa perut aku sejuk. Tapi aku tak rasala pulak sejuk. Selepas sengkak perut, barulah Makcik P rasa perut aku panas. Perut bahagian bawah pun terasa ringan.

Makcik P kata rahim aku takda masalah cuma ada darah kotor sikit. Untuk pengetahuan, aku tak period lagi sejak ambil suntikan Lucrin bulan 7 haritu. Jadi, Makcik P suruh makan olive oil+madu+habbatussauda setiap 4 jam selama 7 hari. Setiap 4 jamye, jadi kul 3 pagi pun kena bangun makan. Aku gagal. Heheheh. Sempat makan untuk 4 hari je. Pastu kelaut.

Kemudian Makcik P tekan pusat aku untuk rasa nadi. Semasa dia tekan pusat, terasa macam kena cucuk jarum dan aku tak rasa nadi pun. Katanya, kalau ada nadi masa tekan kat pusat, alhamdulillah senang mengandung. Tetapi kalau takda nadi, dia suh amalkan makan kelopak mawar merah.

Makcik P  cakap urat belakang badan kita pun ada kaitan dengan peranakan. Masa urut bahagian belakang, lagi sekali dia kata peranakan saya cantik.

Apa-apa pun selepas mengurut, bermula waktu petang  aku rasa perut aku sakit. Macam bengkak belah dalam. Esoknya terpaksa MC sebab perut sakit sangat. Nampaknya macam aku tak serasi mengurut dengan Makcik P.


2 January 2015 - Mengurut dengan Kak Z

Sebenarnya, aku selalu mengurut dengan Kak Z. Tetapi kadang-kadang susah nak dapat appointment mengurut dengan dia. Masa aku duduk rumah sewa dulu-dulu, aku selalu pergi rumah Kak Z untuk mengurut. Lepas pindah rumah sendirini, Kak Z datang rumah dengan cas extra RM10. Upah mengurut RM100.

Masa awal-awal mengurut dengan Kak Z, hampir 4 jam die mengurut aku. Waktu tu dia kata urat aku keras macam dawai dan  banyak sangat angin dalam badan. Sekarang ni, dalam 3 jam dah setel.

Cara urutan Kak Z lembut tetapi sakitnya macam kena toreh dengan pisau. Satu-satu urat dia ambil. Selalunya Kak Z akan baca doa-doa pilihan sebelum mengurut.

Haritu, sesi urutan berjalan macam biasa. Cuma semasa Kak Z mengurut bahagian perut, dia rasa macam perut tak cantik. Macam luka tak betul-betul baik. Dia buat perumpamaan macam benda yang dikupas-kupas, macamtulah luka dalam perut aku. Dia suruh amalkan makan gamat healing. Tapi sampai sekarang tak beli lagi. A bit reluctant sebenarnya. Tambah-tambah pula aku tengah berdiet Atkin.

Kak Z juga dapat rasa, Makcik P sengkak peranakan aku tinggi sangat. Jadi Kak Z betulkan balik.
Dibahagian lain pula, Kak Z kata urat kolesterol (bahagian dada), gastrik (bahagian perut), urat cramp dan stroke (bahagian kaki) tak berapa elok. Jadi aku kena paham sendirilah, kenalah berjaga apa yang patut.

Kak Z juga kongsikan tips tentang mengurut ni

  • Kalau nak tau tukang urut tu pandai mengurut atau tak, tengok sama ada dia urut leher ke tak. Sebab urat leher sensitif, Tak semua tukang urut pandai urut urat kat leher ni.
  • Perhatikan tukang urut, pastikan tukang urut tak mengurut melintasi pusat. Contohnya, mengurut perut dari kiri ke kanan melintasi pusat. Aku dah tak ingat sebab apa tak boleh mengurut melintasi pusat.
Seperti biasa, Kak Z pesan suami isteri kena elakkan makan pulut (termasuk tepung pulut, air kelapa dan makanan yang bersifat sejuk.


Bagi aku, kedua-dua tukang urut ada kepakaran mengurut masing-masing. Cara mengurut pun tak sama. Malangnya aku tak serasi dengan Makcik P. Makcik P urut urat yang besar-besar. Kak Z  pula, urat kecil-kecil pun dia urut. Sebab tu lama kalau Kak Z mengurut.

Bagi aku penting mengurut ni untuk betulkan urat-urat badan. Bukan urut perut je. Kena urut satu badan, bagi lancar balik peraliran darah. Kak Z selalu perli aku, "Macamana nak pregnant kalau urat macam ni ni". Senyap je lah kan.

Yang penting kena betul-betul cari tukang urut. Ada tak bernasib baik, dapat tukang urut yang letak barang pulak kan badan kita. Minta dijauhkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...