Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2015

Endometriosis #4: Kesan Sampingan Lucrin

Selalunya, selepas menjalani pembedahan untuk singkirkan endometriosis. Doktor akan bagi ubat bagi memastikan sel endometriosis itu betul-betul kering. Macam aku, doktor bagi suntikan lucrin. 

Apakah lucrin ini?

Lucrin a.k.a Lupron a.k.a leuprorelin acetate merupakan ubat yang digunakan untuk merawat kanser prostate. Ia juga digunakan untuk merawat kondisi hormon yang melibatkan sistem pembiakan seperti endometriosis, fibroid, penipisan dinding rahim, kanser payudara dan precocious puberty. Ok, aku tak tau apa itu precocious puberty. Jadi jangan tanya ok.



Bagaimana Lucrin bertindak?

Lucrin ni bertindak sama seperti sejenis hormon yang dipanggil gonadotrophin releasing hormon. Hormon ni stimulate pengeluaran steroids seks oleh organ pembiakan kita (ovari dan testis). Hormon ini mempunyai fungsi yang normal apabila ia dikeluarkan dalam bentuk denyutan.

Tetapi, apabila digunakan dalam bentuk ubat untuk jangka masa yang panjang, paras hormon buatan ni menjadi tinggi. Hal inilah yang menyebabkan pengeluaran hormon oleh organ pembiakan berkurangan dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan tumor bagi pesakit kanser prostat.

Bagaimana pula lucrin bertindak untuk pesakit endometriosis?

Lucrin menghentikan (suppress) pengeluaran hormon, menyebabkan haid tak datang. Kena ingat, endometriosis ni mendapatkan makanannya waktu kita datang haid. Bila haid datang, sel endometriosis ni pun berdarah sama. Bila period tak datang, sel-sel endometriosis ni tak dapat nak membiak. Eh betul ke ayat aku tu? Membiak? Hikhikhik. Jadi dengan pengetahuan itu diharapkan endometriosis ni akan kering dan tak datang lagi.

TETAPI

Banyak orang yang ambil lucrin tetapi endometriosis ada balik selepas tu. Sebab tu selalunya selepas pembedahan buang endometriosis, pesakit digalakkan untuk pregnant terus. Sama juga dengan yang ambil lucrin. Selepas habis kesan lucrin cuba berusaha untuk pregnant secepat mungkin.

Jadi kitalah buat keputusan sama ada nak ambil atau tidak.

Kesan sampingan yang biasa:

  • hot flushes
    • ini yang paling banyak sekali aku rasa. Tiba-tiba je rasa panas teramat walaupun dalam tempat yang berhawa dingin. Sangatlah tidak selesa. Hot flush tak tentu masa dan ketika.
  • berpeluh
  • tiada period  
    • Doktor kata, selepas ambil suntikan. Aku akan period lagi sekali sebab waktu tu, ubat tu belum memberi kesan lagi. Betul, aku period sekali. Lepas tu, terus tak period. Selepas habis tempoh lucrin (3 bulan), period aku masih tidak datang. Aku tunggu lagi 3 bulan. Masih tak datang. Maka, aku terus jumpa doktor aku dan dia beri duphaston untuk bagi period datang
  • withdrawal bleeding
  • ketidakupayaan seksual
  • libido berkurangan
  • kekeringan vagina
    • yep
  • perubahan saiz dan kelembutan payudara
  • sakit sendi
    • yep. Tetiba je sakit lutut, sakit buku lali, sakit sakit siku, sakit pinggang
  • sakit otot
    • sakit otot macam mana ek? Kalau cramp tu, dulu-dulu memang selalu cramp. Tapi lepas aku makan 'French Pine Bark', terus aku tak dapat cramp dah. Lepas suntikan, baru sekali  je aku dapat cramp. Nampaknya kuat betul kesan suntikan ni
  • peripheral  edema
  • pening
  • sakit kepala
  • rasa melayang-layang
    • ni nak cerita sesuatu ni. Dulu kalau naik benda pusing-pusing kat funfair atau taman tema rilek je takde rasa apa-apa. Haritu pegi taman tema air, naik benda pusing-pusing. Sangatlah teruk rasa melayang-layang. Rasa nak terjatuh ke bawah je. Lepas habis mainan tu, terus tak naik benda pusing-pusing yang lain.
    • sebenarnya aku pun tak berapa pasti, adakah rasa melayang ni kesan dari antibiotik aku makan, atau kesan dari lucrin atau kesan dari kedua-dua sekali. Seminggu lebih jugak aku rasa melayang-layang tu. Sekarang dah ok. 
  • muntah
  • sembelit
  • perubahan mood (mood swings)
    • Ada la kot sikit-sikit. Ni memang dah pesan kat hubby siap-siap. Takut terkejut tengok perubahan perilaku aku ni.
  • reaksi tempat suntikan
    • Masa doktor suntik, terasa tempat suntik tu panas. Doktor pesan jangan garu tempat suntik tu takut jadi rashes. Lepastu, ada rasa ketulan bulat kat tempat suntik. Tanya kawan yang pernah ambil suntikan ni. Dia pun sama, ada rasa ketulan. Tapi ketulan tu akan surut.
  • thrombophlebitis - inflamasi urat yang berkait dengan darah tersumbat
  • pengurangan jisim tulang
    • Ada kaitan dengan sakit sendi dan sakit tulang. Doktor dah siap bagi kalsium 600gm untuk dimakan hari-hari bagi menggantikan jisin tulang yang hilang.
  • Pelupa
    • Memang pun. Pelupa sangat aku sekarang. Sangat-sangat mengganggu kelupaan ini. Meeting sekian-sekian pun lupa. owh, bertabahlah.

Kesan sampingan yang luar biasa

  • bronchopasm (pengecutan dan penyempitan laluan udara dalam paru-paru
  • rash
  • altered sensation (paraesthesia0
  • kemurungan
Sebenarnya, banyak argument pasal lucrin ni. Dimana lucrin ni lebih banyak bagi kesan buruk dari kesan baik. Asalnya pun lucrin ni digunakan untuk rawatan kanser prostate je. Tak tahu bila pula ia digunakan untuk rawatan endometriosis. 
Korang google sendiri je lah pasal hal tu. Kebanyakan artikel agak teknikal untuk aku terangkan kat sini.
Babai...
Rujukan:
.http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcmed.nsf/pages/veclucrn/$File/veclucrn.pdf
2. http://www.myvmc.com/drugs/lucrin/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...