Pengikut

Jumaat, 16 Oktober 2015

PCOS #1: Apa itu PCOS dan mengapa ia dikaitkan dengan ketidaksuburan?

APA ITU PCOS?


PCOS adalah singkatan Polycystic Ovarian Syndrome (Sindrom ovari polisistik).

Anda dikatakan mempunyai PCOS jika anda ada 2 daripada 3 kriteria di bawah ini:
  1. Gangguan ovulasi (samaada jarang berovulasi atau tiada langsung)
  2. Melalui scan TVS, didapati ovari anda menunjukkan polisistik ovari (PCO). Ada PCO tidak semestinya ada PCOS. Hanya 6-7% wanita yang mempunyai PCO didapati mengalami PCOS.
  3. Hiperandrogenis (terlebih hormon lelaki) 

Polisistik ovari (PCOS). Bentuk bulat-bulat berwarna hitam itu merupakan kantung telur yang tidak berovulasi. 

Jangan tertukar dengan ovarian cyst pula. Dua benda berbeza tetapi berasal dari tempat yang sama. Cyst itu sebenarnya nama am yang merujuk kepada kantung folikel yang berisi telur. Bila ia tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi, ia kekal di dalam ovari. Makin lama, cyst yang kecil-kecil itu berkumpul di dalam ovari dan membentuk PCO.

PUNCA PCOS

Para penyelidik masih lagi tidak dapat mengenal pasti punca sebenar terjadinya PCOS. Penyelidik berpendapat mungkin terdapat  komponen genetik yang dipindahkan dari ibu kepada anaknya.

Namun faktor-faktor di bawah ini memainkan peranan penting terhadap PCOS
  • Ketidakseimbangna hormon di dalam otak dan ovari.
  • Paras insulin (dari pankreas) yang berlebihan
    • Insulin adalah hormon yang dihasilkan dari pankreas yang membenarkan sel-sel menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama.
    • Jika mempunyai rintangan insulin, keupayaan sel-sel untuk menyerap insulin secara efektif terganggu, dan seterusnya menyebabkan pankreas terus menerus mengeluarkan insulin supaya glukosa tersedia untuk diserap oleh sel-sel. 
    • Akan memberi kesan terhadap ovari di mana ovari akan meningkatkan pengeluaran hormon testosteron yang seterusnya mengganggu keupayaan ovari untuk berovulasi
  • Keturunan
    • Anda mempunyai kemungkinan tinggi untuk mempunyai PCOS.
  • Imflamasi gred rendah 
    • Penyelidik mendapati wanita PCOS mempunyai imflamasi gred rendah di mana ia menyebabkan ovari polisistik menghasilkan hormon androgen.
 Aku akan bercerita kebih lanjut lagi tentang dua punca ini dalam entri yang lain.


KENAPA PCOS DIKAITKAN DENGAN KETIDAKSUBURAN?

Pesakit PCOS tidak dapat mencapai tahap ovulasi disebabkan oleh proses pematangan telur terganggu dan terhenti pada peringkat saiz folikel yang masih kecil.
Perbezaan anta ovari normal dan ovari polisistik. Didapati telur membesar dan ovulasi berlaku pada ovari normal. Manakala pada ovari polisistik, telur berhenti membesar dan ovulasi pun tidak berlaku. 

Proses pematangan telur ini terganggu disebabkan oleh hormon FSH dan LH yang tidak seimbang. Pematangan folikel telur dirangsang oleh hormon FSH. Apabila mencapai saiz matang (20mm), hormon LH akan bertindak untuk trigger ovulasi.
Untuk wanita yang normal, FSHnya tinggi dan hormon LH rendah. LH akan surge (LH surge) sehari seblum ovulasi berlaku. Berbeza  dengan pesakit PCOS, FSHnya rendah dan LHnya tinggi dan parasnya mendatar sahaja sepanjang kitaran menstruasi.

Perbandingan paras hormon FSH (line biru) dan LH (line hitam) pada wanita normal dan PCOS.
 
Apabila tiada ovulasi berlaku, haid pun tidak datang. Dengan tiadanya ovulasi, bagaimana seseorang itu boleh mengandung?

Jom Lihat video ringkas tentang PCOS ini.


Bersambung...

Rujukan:
1. http://youngwomenshealth.org
2. https://infertilitytexas.com 
3. Blog Dr. Adilah
4. Blog Dr. Hamid Arshad 
5. http://www.mayoclinic.org/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...