Pengikut

Isnin, 19 Oktober 2015

PCOS #2: Simptom-simptom PCOS dan Ujian Darah untuk Kenal Pasti PCOS

Sebelum ini, aku sudah bercerita tentang apa itu PCOS dan apa kaitannya dengan kesuburan. Klik di SINI untuk baca entri tersebut.  Kali ini aku nak bercerita tentang simptom dan ujian darah.

Tanda dan simptom PCOS selalunya bermula sebaik sahaja seseorang wanita itu mengalami haid. Dalam sesetengah kes, PCOS terjadi semasa umur pembiakan (reproductive).

Simptom-simptom ini boleh dikenalpasti oleh anda sendiri atau daripada pemeriksaan doktor. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, simptom-simptom ini akan jadi bertambah teruk.

SIMPTOM-SIMPTOM PCOS
  • Paras hormon androgen yang berlebihan.
  • Kitaran haid yang tidak tetap.
    • tiada haid.
    • haid yang terlalu banyak.
    • pendarahan tak kira waktu .
  • Ovari yang polisistik - terdapat banyak folikel-folikel telur yang tidak matang.
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolestrol yang tinggi.
  • Penambahan berat badan yang ketara
    • terutamanya di pinggul. Wanita PCOS cenderung untuk mengumpul lemak di bahagian pinggul.
    • sukar untuk menurunkan berat badan walaupun sudah melakukan diet dan senaman.
  • Hirsutisme - berlebihan bulu di badan dan muka, suara menjadi garau.
  • Penipisan rambut - rambut gugur seperti orang lelaki.
  • Rintangan insulin dan hiperinsulinemia (terlalu banyak insulin).
    • boleh menyebabkan obesiti bahagian atas badan (apple shape), jeragat dan kutil.
  • Jeragat (patches of dark skin).
  • Jerawat dan kulit berminyak.
  • Depresi atau mood swing.
  • Masalah pernafasan semasa tidur (obstructive sleep apnea).
  • Masalah kesuburan
    • tiada ovulasi berlaku
    • keguguran yang berulang

Tidak semua wanita PCOS akan ada simptom-simptom seperti di atas. Setiap wanita PCOS adalah unik. Ada wanita PCOS yang mempunyai berat badan normal, tetapi dia mempunya rintangan insulin. Ada wanita PCOS yang obesiti tetapi tidak mempunyai rintangan insulin.

Maka rawatan setiap wanita PCOS adalah berbeza dengan wanita PCOS yang lain. Rawatan juga bergantung kepada objektif wanita PCOS itu sendiri samada dia mahu mengurangkan bulu-bulu di badan, kawal rintangan insulin atau ingin cuba hamil. Aku akan ceritakan pada entri yang lain tentang pilihan rawatan yang ada.


UJIAN DARAH UNTUK DIAGNOSIS PCOS

Salah satu cara untuk doktor diagnosis samada seseorang itu mempunyai PCOS adalah dengan melakukan ujian darah. Ujian darah untuk PCOS ini juga dilakukan dengan ujian darah yang lain untuk mengenal pasti punca sebenar ketidaksuburan. Di bawah ini, disenaraikan ujian darah untuk PCOS dan cara untuk membaca keputusan ujian darah tersebut.
  • Testosteron (androgen) - paras tinggi
    • paras yang tinggi akan menghalang ovulasi dan menyebabkan jerawat, pertumbuhan bulu seperti lelaki pada badan dan muka serta keguguran rambut.

  • LH dan FSH  
    • LH lebih tinggi dari FSH pada wanita PCOS.
  • TSH - thyroid stimulating hormone
    • Luar dari range normal (overactive atau underactive)
  • Prolaktin - paras tinggi
    • mempengaruhi kitaran haid
  • Fasting glucose dan glucose tolerance test (selepas 2 jam minum 75gram air gula) - paras tinggi
    • Wanita PCOS mengalami rintangan insulin
  • Profail lipid - total, LDL, HDL. 
    • Memberi infomasi terhadap risiko kardiovaskular
    • Biasanya tidak normal pada wanita PCOS
  • 17-hidroxyprogesteron -  
    • Ujian darah pada CD21. Ujian darah ini tidak perlu pun tidak apa. Kita tahu semasa fasa folikular, progesteron sepatutnya rendah. Manakala semasa fasa luteal, progesteron sepatutnya tinggi. Jika ujian darah menunjukkan progesteron rendah pada fasa luteal (CD21), kemungkinan wanita itu mempunyai PCOS. 

Perbezaan keputusan ujian darah antara wanita normal dan wanita PCOS

Bagi saya, paras testosterone, LH & FSH dan 17-hidroxyprogesteron adalah tidak normal. Bagaimana pula keputusan ujian darah anda?

Rujukan
1. http://www.webmd.com
2. http://www.mayoclinic.org
3. http://www.hormone.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...