Pengikut

Isnin, 18 Julai 2016

Cycle ke-13 dan plan seterusnya

Lamanya tak update kat sini. 

Maaflah sekarang banyak update kat page fb je.

So cycle ke-13

Cycle yang sangat-sangat carca marba. BBT dan OPK entah kemana.

BBT buat sampai CD51 je. Pastu dah terberhenti. Sebabnya, diriku masuk hospital. Lepas tu husband pula masuk hospital.

Diriku masuk hospital sebab masalah usus. Lepastu husbandku masuk hospital sebab eksiden kepala lutut retak. Jadi hidup jadi kelam kabut sikit and TTC pun off sekejap.

Eh, supplement pun skip tak ingat. Memang kelam kabutlah.

Tapi dalam kelam kabut tu. Dapat juga predict bila period. Sebabnya, ku dah kenal dah badan sendiri. bila dah ovulate, automatik b****t rasa sensitif and sakit. Lepas 2 minggu mesti akan period. Jadi memang betullah ku period pada CD112 di akhir bulan puasa. HAPPY!!!!!

Keluar juga dikau. Yang bestnya, pengeluaran darah period sangat lancar. Mungkin berkat pakai progessence phyto plus. 

So, ituje nak update.

Now cycle ke-14. Dah CD24 harini. OPK dan BBT pun masih kelaut. Raya lah katakan. Cycle ni pun masih off TTC.

Hurm, apa plan cycle ke -14 ni ye?
1. Konsistent makan supplement - fish oil, probiotik, osteomatriks, sulfurzyme, NAC seminggu sekali, multivitamin selang sehari.
2. Habiskan ubat homeopati then set appointment dengan doc suriyakathun (tak sempat lagi nk cite pasalni. Nota dalam phone terhilang pulaktu. Laterlah k)
3.. Sapu minyak - progessence phyto plus, minyak dd CSITI (dah habis, sambung dengan Scalerressence pula).
3. Detoks - Ning Xia Red, EO lemon dan bergamot, amaryllis essential.

Tu je kot. Anyway  NAC dan sulfurzyme tu saya ada tunjuk kat doc Suriya. Memang beliau cadangkan pun untuk makan supplement tu selain dari ubat homeopati yang beliau bagi. 

Ning Xia Red tu adalah Goji Berry sebenarnya. Tapi bezanya dengan goji berry yang lain adalah asalnya dari wilayah Ning Xia. Kenapa Ning Xia, sebab tanah disana kaya dengan nutrient dan sangat subur. Jika anda seorang petani dan suka bercucuk tanam, anda akan tahu bahawa keadaan tanah dikawasan tersebut memainkan peranan penting terhadap kualiti tumbuhan tersebut. Pernah tak anda makan buah tembikai yang manis dan tawar? Kenapa satu tawar dan satu lagi manis? Haaa!! Fikir-fikirkan.

 Hurm tu je kot..

Anyway jika anda berminat untuk cuba essential oil (eo) atau ning xia red atau skincare natural and organik, hubungi saya k. 0102835450 :-) 

* Sebenannya rindu nak mula treatment balik. Tapi memandangkan keadaan sekarang tak mengizinkan (Husband still pakai tongkat). Jadi ku postpone dulu dan fokus untuk sihatkan badan dulu. Doc Suriya pun suh sihatkan badan dulu. Kenapa? Nanti ye ku cite.

So, apa plan TTC korang pula?

Raya sebulankan?

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...