Pengikut

Rabu, 6 September 2017

Melatonin (hormon tidur) meningkatkan kualiti telur


Sedang seronok baca blog TTC luar negara, terbaca sorang ni ambil suppelment melatonin masa IVF cyclenya untuk meningkatkan kualiti telur. Bila difikirkan balik dari pembacaan dan online summit yang aku join, why not? Melatonin ni bertindak sebagai antioksidan dan  melindungi sel dari radikal bebas. Maksudnya, lindungi sel dari rosak seterusnya meningkatkan kualiti telur.

Jadi, ini ceritanya.

Melatonin ni merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal yg terletak di otak. Fungsi hormon melatonin ni adalah untuk seimbangkan circadian rhythm. Bahasa mudahnya waktu tidur dan jaga kita.

Waktu tidur, badan kita akan berkerja untuk meningkatkan kesihatan badan kita. Banyak sangat proses yang tengah berlaku waktu kita tidur. Ini antara kebaikan bila kita dapat tidur yang cukup.

  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengurangkan protien keradangan (C-reactive protien) dalam badan - Kajian pada tahun 2010 menunjukkan C-reactive protien adalah tinggi pada individu yang tidurnya kurang dari 6 jam.
  • Meningkatkan prestasi dan daya tumpuan
  • Bantu menurunkan berat badan - individu yang dapat tidur yang cukup, hilang lemak lebih banyak (56% dari pengurangan berat badan) berbanding individu yang tak cukup tidur dimana mereka hilang lebih banyak jisim otot. Maksudnya jumlah penurunan berat badan adalah sama. tetapi yang tidur cukup hilang lemak. Yang tidur tak cukup hilang otot.
  • Mengurangkan stress, depresi dan keresahan.
  • Sistem imun lebih kuat
  • Bantu seimbangkan pengeluaran hormon
dan macam-macam lagi.

Bila kita tak dapat tidur lena, waktu kerja badan kita terganggu. Disinilah datang peranan melatonin ni. Selain sebagai antioksida melatonin ni akan bagi kita mengantuk, mudah tidur dan dapat tidur yang nyenyak.

Jadi, BAGAIMANA CARA UNTUK MENINGKATKAN MELATONIN DALAM BADAN?

  • Paras melatonin akan meningkat bila hari dah gelap. Kegelapan akan menyebabkan lebih banyak melatonin dihasilkan. Jadi, pastikan tutup lampu awal. Kalau boleh lepas isyak, terus tutup lampu atau guna lampu berwarna oren atau merah. Sebelum tidur jangan main handphone. Cahaya dari handphone mengganggu pengeluaran hormon melatonin ni.
  • Makan makanan yang mengandungi melatonin masa makan malam. Contohnya, nenas, oren, pisang, daging, goji beri dll.
  • Guna essential oil cedarwood yang membantu stimulate melatonin dari otak. Itulah sebabnya kita boleh tidur lena bila guna eo cedarwood.
  • Ambil supplement melatonin - supplement ni selalu diberi pada mereka yang ada masalah imsonia, jet lag, dan masalah tidur yang lain.

Jadi, siang pula bagaimana, bila hari mula siang, paras hormon melatonin akan menurun dan hormon serotonin meningkat, the happy hormon! Hormon serotonin membuatkan kita terjaga (more awake). Menjadikan kita lebih bertenaga dan riang.

Jadi bila bangun tidur, buka lampu dan selak langsir bagi cahaya matahari masuk. Bagi hormon serotonin meningkat. Jadi dengan cara ini, circadian ryhthm dapat dibetulkan seterusnya waktu tidur dan jaga kita lebih berkualiti.

Tidak yakin? Banyak kajian tentang melatonin ni terhadap kualiti oocyte (telur) dan embrio ini antaranya (Klik link):

Ini pula antara kajian melatonin dan tidur:



Sekian.

**************************************************
Untuk info lanjut tentang essential oil, whatsapp 0193016450

Untuk info lanjut tentang TTC:

- follow blog: www.pcoserjourneytoconcieve.blogspot.com

- follow FB page: Perjalanan TTC Seorang PCOSer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...