Pengikut

Khamis, 3 Mei 2018

IVF Journey - #1 - Halangan-halangan yang dihadapi

DISCLAIMER: Post ini adalah pos tahun 2017. Dah lama duduk kat dalam draft blog ni. Kononnya nak post lepas habis proses IVF. But tak kesampaian sebab selepas habis proses IVF, ayah aku meninggal dunia selepas seminggu pembedahan jantung di IJN. Tahun yang bagi aku sangat sedih sekali. Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah aku, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahun ni (2017) adalah the highlight of all TTC treatment yang pernah aku lalui. Lama juga aku berehat dari TTC treatment. Maklumlah macam-macam halangan. OPK dan BBT pun dah ke laut. Setelah dah cuba clomid dan IUI, so the next step adalah IVF. Yaaaaaa, betul IVF. Lama juga aku kumpul duit untuk buat IVF ni. Akhirnya tercapai juga hasrat nak buat IVF.

IVF adalah satu perjalanan yang perlukan kekuatan mental, fizikal dan emosi. Jadi aku buat keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan bermula dari Mac ke Ogos 2017 supaya perjalanan IVF aku kurang gangguan mental, fizikal dan emosi. Tetapi apa yang kita rancangkan kadang-kadang tak mengikut jalan mudah.

Sebelum tu nak bagitau, step IVF berbeza-beza bergantung pada doktor anda. Jadi jangan pelik jika step yang aku lalui berbeza dengan step korang.

Here we go:

=================
CD18 Cycle #1
11 April 2017
1st IVF appointment
=================

Aku dah tak ingat sekarang dah cycle period keberapa sejak aku start TTC. Jadi aku start balik Cycle#1 khas sempena nak buat IVF ni.

Sesiapa yang berkenan nak buat IVF dengan Doc Adilah, anda kena datang berjumpa beliau pada CD18-CD20. Waktu ni Doc akan scan dan bagi ubat untuk korang consume. Doc juga akan suruh buat beberapa blood test.

Jadi pada hari tersebut, aku perlu buat ujian darah Vitamin D dan Anti-Mulerrian Hormone (AMH). Paras Vitamin D perlu normal untuk procede IVF. Kerana Vitamin D memainkan peranan penting dalam banyak aspek kesuburan. Baca selanjutnya tentang Vitamin D dan kesuburan di post ini.

Manakala ujian darah AMH menentukan berapa banyak lagi baki telur yang tinggal dalam ovari kita (secara subjektif). Jika nilainya sangat rendah, maknanya hampir menghampiri menopos. Dengan tahu nilai AMH, doktor boleh tentukan dos ubat yang sesuai untuk kita. Jika nilai rendah, lebih banyak dos ubat diperlukan untuk rangsang ovari membesarkan telur. Selain itu, doktor boleh tentukan samada kita berisiko tinggi untuk dapat Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) atau tak. Kebiasaannya, PCOSer mempunyai nilai AMH yang tinggi dan cenderung untuk dapat OHSS.

Jadi, keesokan harinya, nurse telefon untuk bagitau keputusan ujian darah. Keputusannya? Paras Vitamin D rendah. Maka terpaksalah aku tunda IVF. Aku perlu ambil supplement Vitamin D 4000iu sehari selama sebulan dan repeat blood test.

Sebulan lepas tu, aku repeat blood test. Alhamdulillah, result adalah normal. Tetapi aku tak dapat procede lagi dengan IVF kerana dah nak bulan puasa. Maka, terpaksalah tunggu lepas raya untuk procede IVF.

See banyakkan halangan. Tapi insyaAllah banyak hikmah disebalik segala halangan tersebut.

===========
CD1 Cycle#2 
30 Mei 2017
===========
Since aku ada PCOS, period aku tak regular. Itu antara perkara yang aku risaukan, bila aku dapat tau, keputusan Vitamin D aku rendah. Aku dah risau bila mesti lepas raya gak baru dapat buat IVF ni.

Cycle#1, kitaran haid adalah selama 66 hari.

Untuk cycle#2 pula, kitaran haid adalah selamat 47 hari. Waktu start cycle#2 ni, bulan puasa dah start.

============
CD1 Cycle#3
16 Julai 2017
============
Hari ke 22 hari raya.

Here is the wierd thing about this cycle. Sebelum bermulanya Cycle#3, dek kerana nak cepat start treatment for IVF, aku makan duphaston untuk induce period. but guess what, after Duphaston aku tak period pun. Rupanya right after aku makan duphaston, aku ovulate rupanya. Betul-betul tak sangka aku ovulate sebenarnya sebab cycle#1 dan cycle-cycle sebelum ni adalah sangat panjang. So, dah ovulate, kenalah tunggu lagi 2 minggu untuk period datang. Dan period datang pada 16 July.

Itulah gelojoh sangat. Makan duphaston sapa suruh. Padan muka kat diri sendiri. Tetapi aku ada reason, kerana jika aku start proses IVF lewat sangat, Aku takkan sempat proses IVF dalam waktu aku unpaid leave.

==================
CD18 Cycle#3
2 Ogos 2017
2nd IVF Appointment
==================

Yeay, akhirnya. Berjaya juga memulakan proses IVF. Jadi pada CD18, aku jumpa doktor.

-- Seperti biasa scan TVS untuk tengok keadaan ovari dan rahim. Ovari seperti biasa policystic. Terdapat lekatan (adhesion) di belakang rahim sama seperti tahun lepas tetap kau disitu lekatan. Lokasi ovari adalah pada kedudukan optimum untuk ovum pick-up (OPU). Jadi doc melarang buat any senaman seperti zumba dan sewaktu dengannya untuk elakkan ovari berubah kedudukan.

-- Ada dua jenis ubat doktor bagi pada hari tersebut
   - Norculut - start makan pada 4 Ogos. 1 hari 2 kali selama 12 hari
   - Progynova 2mg - start makan pada 6 Ogos sampai doktor arahkan suruh berhenti.

-- Once period, aku perlu inform doktor, supaya doktor boleh nyatakan bila perlu aku stop progynova,  start ubat untuk rangsang pembesaran telur dan tarikh untuk next appointment. Doktor jangka aku akan period pada 18/19 Ogos (Cd34/35). Disebabkan 18 Ogos tu hari jumaat, maka doktor terus set appointment pada 18 Ogos.

=================
CD34 Cycle#3
18 Ogos 2017
3rd IVF Appointment
=================

-- Period tak muncul tiba lagi waktu ni. Tapi sebab esoknya hari sabtu, so datang juga appointment. Seperti biasa TVS tgk keadaan ovari dan rahim then perbincangan.

-- Doktor tanya nak guna ubat rangsangan yang mana. Kali ni aku buat keputusan untuk guna ubat paling murah iaitu HuMog.

Sebelum ni masa proses IUI aku pilih ubat paling mahal iaitu Gonal-F. Malangnya, ubat tu tak berapa efektif untuk aku. Maybe dos waktu tu pun tak tepat. Yelah, bila ada PCOS, agak sukar untuk tentukan dos ubat. Ubat tak boleh terlalu banyak sebab takut banyak sangat telur yang besar. Ubat tak boleh terlalu sikit sebab takut takde langsung telur yang besar. Lagi satu aku takut badan aku dah imun dengan Gonal-F tu. Begitulah ceritanya.

- Dengan berat aku dan nilai AMH, aku perlu ambil 225iu HuMog selama 6 hari. Dibekalkan sekali siap-siap dengan ubat orgalutran. (nanti aku akan cerita dalam seperate post tentang jenis-jenis ubat ni).

-- Selepas habis norculut, sepatutnya period akan datang dalam masa seminggu, dalam kes aku selalunya period akan datang selepas 3/4 hari aku stop norculut (ni yang doc jangkakan period aku datang pada 18/19 Ogos tu. Tetapi, lagi sekali period tak muncul tiba.

Jadi aku minta advice doktor. Doktor advice untuk makan duphaston. Kali ni 3 kali sehari pula. Duphaston and norculut ni function nya lebih kurang. Nama brand je berlainan. Jadi aku perlu tunggu lagi 2 minggu untuk period datang. Aku frust sangat waktuni. Sampai aku jadi stress dan sakit kepala. Yelah, unpaid leave dah nak habiskan. Tak kesampaian cita-cita aku nak buat IVF waktu cuti.

-- Dan guess what, bila aku dah beli dah duphaston semua. Petangnya terus ada spotting coklat. Main-mainkan period ni. Maka keesokan harinya, aku terus inform doktor dan doktor advice bila perlu start cucuk. Syukur sangat.

Begitulah halangan-halangan yang perlu aku hadapi sebelum akhirnya aku dapat procede dengan proses IVF. Panjang dan memakan masa. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.

Bersambung....

1 ulasan:

  1. Terima kasih share pengalaman. Semoga Allah mudahkan urusan awak. Saya tak sabar nak baca next post.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...